Sunday, May 10, 2020

Jodoh bersama Amoora Superfood

Bismillah,

Ketika kejatuhan bisnes pada 2017, kak wan tak ada apa2. Pada masa yang sama juga en husben baru di tamatkan keja atas beberapa sebab. Terduduk kak wan. 2 minggu selepas tu kak wan dapat tau pulak kak wan mengandung. Terus kak wan terkedu. Hidup dalam keadaan tertekan, ketakutan dan serba tak kena, Allah saja yang tau.

2 minggu kemudian en suami dapat keja di Bera Pahang. Memikirkan keadaan tengah susah, kak wan bagi saja en suami terima keja tu walaupun jauh. Risau pulak susah nak dapat keja lain. Semua urusan anak2 6 orang kak wan uruskan sendiri. Hantar dan menjemput anak sekolah adalah rutin harian kak wan. Jika sebut bab penat, memang sangat penat. Mengandung dan uruskan anak2 sendiri ketika ketiadaan suami. 

Selepas melahirkan, badan kak wan lesu, tiada semangat, asyik stress, cepat marah. Badan pulak sakit sana sini dah. Biasalah dah banyak kali bersalin, 8x berpantang tapi tak macam pantang pun. Semua benda dalam rumah kak uruskan sendiri, cuma jaga makan saja. Bergerak sana sini buat keja rumah. Masa mengandung pulak memang kak wan lasak. Ke sana ke sini uruskan anak2 sekolah, dan semua urusan rumahtangga. Selama berpantang pulak kak wan tak makan apa2 jamu atau supplement pun, memang kak wan langsung tak ready apa2 untuk berpantang kali ni. Kak wan dah terbiasa beli barang keperluan diri dengan duit sendiri sebelum ni. Bila dah hampir setahun tak berniaga, kak wan tak ada apa2. Bila lps bersalin tak makan jamu atau ubat2 lain, badan jadi lemau. Cepat penat. Bila dah penat cepat la nak marah, anak buat silap sikit pun kena marah.

Syukur masa tu ada adik yang boleh temankan kak wan ketika dalam pantang, tolong uruskan hantar anak2 ke sekolah. Selebihnya keja rumah kak wan yang uruskan sendiri. Penat hanya Allah saja yang tau.

Ketika 4 bulan lepas berpantang, kak wan mencari-cari produk yamg boleh hilangkan masalah kebas tangan kak wan ni, kebas sangat2. Sebab tak tahan la kak wan usahakan jugak untuk cari produk. Sehinggalah kak wan berjodoh dengan Amoora. Alhamdulillah bila dah amal Amoora lbh kurang sebotol masalah kebas tangan kak wan semakin baik. Bukan itu je, masalah sakit tapak kaki kak wan juga hilang. Sakit2 dan bisa urat kak wan hilang. Amazinggg sangat asbab amal Amoora kesihatan kak wan semakin baik. Dari situ mula terdetik, why not kalau aku jual jugak, boleh bantu orang lain jugak untuk sihat. Kak wan tau ramai sangat sahabat kat luar sana yang alami masalah yang sama dengan kak wan. Sibuk uruskan rumahtangga hingga abaikan kesihatan diri sendiri. Berpenat lelah siang malam, uruskan keja rumah ni memang takkan pernah habis.

Alhamdulillah kak wan sihat sangat2 sejak amal Amoora. Bagi mak juga cuba Amoora, mak ada masalah darah tinggi dan kencing manis sebelum ni, mak juga xde selera makan, jarang2 je makan nasi. Alhamdulillah dengan izinNya, mak sihat. Usia mak 73 tahun, masih kuat dan sentiasa bertenaga mengurut (bidan) orang. Mak cakap sedap sangat Amoora ni, memang serasi sungguh dengan dia. Mak share pulak dengan kawan2 dia, sehinggalah mak pun jadi agen Amoora jugak. MasyaAllah, rezeki mencurah2 buat mak.

Syukur alhamdulillah, masalah resdung, masalah buasir dan ekzema kak wan juga pulih asbab amal Amoora, subhanallah.!!

Berminat nak cuba Amoora Superfood, boleh klik SINI

#AEC

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME :-*
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete

Habis baca tinggalkan jejak ok 👌